Posts

Showing posts from November, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2011

Image

TEKNIK MEMBACA

Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar-pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.
Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut;
untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara
untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara
untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep
untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan
Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu; memb…