Posts

Showing posts from April, 2011

TABAH TERHADAP SEGALA DUGAAN, SYUKURI NIKMAT LAMBANG KETINGGIAN IMAN UMAT

IMAN terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dinamakan kesabaran dan satu bahagian lagi dinamakan kesyukuran. Kedua-duanya adalah sifat Allah dan di antara dua nama-Nya yang mulia kerana Allah sendiri menamakan diriNya dengan Sabbur dan Syakur. Jika seseorang itu jahil daripada memahami erti kesabaran dan kesyukuran, samalah dengan tidak memahami erti kedua bahagian iman itu sendiri. Dengan demikian, samalah ia lupa kepada sifat Allah sedangkan untuk mendekatkan diri kepada Allah tidak tercapai melainkan dengan iman. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96) Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas.” (Surah al-Zumar, ayat 10) Dalam konteks ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud) Sabda B…

LAGU TADIKA - CAR & TRAFFIC LIGHT

Image
SONG:  CAR (Tune lagu: mana ibu jari)
This is my car, ( 2x )
Do you know, ( 2x )
What color is it, ( 2x )
It is red ( 2x )

perkataan "car" dan " red " boleh ganti dengan perkataan lain....

SONG : "TWINKLE, TWINKLE TRAFFIC LIGHT"  (tune: "Twinkle, twinkle little star")

TWINKLE, TWINKLE TRAFFIC LIGHT
ON THE CORNER SHINING BRIGHT
RED MEANS STOP, GREEN MEANS GO
YELLOW MEANS VERY, VERY SLOW
TWINKLE, TWINKLE TRAFFIC LIGHT
ON THE CORNER SHINING BRIGHT

Intan Bestari's Cooking Class

Image
Untuk Kelas Masakan pada minggu ini 
TADIKA INTAN BESTARI CAWANGAN JALAN YADI
Menu : Salad Buah
Parapelajar diminta membawa bahan tersebut Pelajar 4 Tahun : 1 botol kecil Mayonis Pelajar 5 Tahun: 1 kotak kecil Kismis Pelajar 6 Tahun: 1 biji buah epal & 1 biji buah pear


TADIKA INTAN BESTARI CAWANGAN SRI TANJUNG
Menu : Cincau Soya
Parapelajar diminta membawa bahan tersebut Pelajar 4 Tahun : 1 Kotak  kecil air soya Pelajar 5 Tahun: 1 Kotak kecil air Soya Pelajar 6 Tahun: 1 bungkus cincau

Kerjasama daripada semua ibu bapa amat diharapkan.


KEMBARA ANAK SOLEH 2011

Image
Kadang-kadang dunia persaingan akademik dan hambatan pembelajaran formal menjadikan anak-anak tumpul pemikirannya.
Namun ia bukan satu bukti yang mutlak. Anak-anak yang cemerlang adalah anak-anak yang mempunyai keunggulan dalam rohaninya, pemikirannya, emosinya, akhlaknya dan fizikalnya.
Justeru itu anak-anak perlu diajar menjadi proaktif bukannya sekadar reaktif. Anak-anak yang proaktif adalah anak-anak yang tahu halatuju hidupnya dan berusaha melaksanakan tanggungjawabnya. Dia berupaya untuk membuat keputusan dan pilihan dalam kehidupan seharian, dan bertanggungjawab atas pilihannya. Kesulitan yang menimpa tidak dianggap 'masalah' tetapi sebagai satu 'cabaran'.
Pemikiran dan sikap proaktif bukan wujud secara semulajadi dalam diri anak-anak. Ia adalah hasil tarbiyah tidak formal sama ada sengaja atau tidak sengaja oleh pendidik mereka-terutamanya ibu bapa. Untuk menambah perasa di dalam pentarbiahan anak-anak, pihak Tadika Intan Bestari akan mengadakan Program KEMBARA…

CINTAILAH DAN BENCILAH

Kata Imam Ali RA; "Cintailah seseorang itu sekadarnya belaka, mungkin ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Bencilah seseorang itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."
riwayat ibnu Abi Syaibah.

UNTUKMU BERNAMA WANITA

Image
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."  Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata. Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan. Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya. Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT. Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.  Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya. Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah. Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.  Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan…

MATA OH MATA

Image
Babak 1 Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung. Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je.. Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok? Babak 2 Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Sop: Eh, ada gadis mcam dalam KCB la... Meon: Mana? Mana? Mana? Sop: Tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod.. Meon: Ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?