Posts

Showing posts from February, 2011

KATA-KATA MOTIVASI BUAT GURU

Kata-kata motivasi untuk guru - Gaji Bukan Sebab Untuk Meninggi Diri
Bila saya tanya pada kebanyakan pelajar Maktab, "untuk apa kamu jadi cikgu?" Ramai akan menjawap "sebab minat". 
Dengan muka serius, saya bertanya sekali lagi, "cakap betul-betul,why do you want to be a teacher?" Mereka terpaku melihat wajah saya.
"Sebab gajinya tetap" jawap seorang junior. Mendengar jawapan itu saya terdiam. Betullah Anda dan saya bekerja sebab nak cari duit. Apa yang saya takut nanti, duit itu akan mempengaruhi jati diri seorang insan bergelar cikgu sehingga minat yang pada mulanya minat bertukar menjadi kebosanan, hingga melarat menjadi keegoan!
Bila Anda menjadi seorang guru, berhati-hatilah dengan gajinya sebab kerana gaji tetap itu, ramai guru menjadi guru yang kurang bermotivasi. Bila bergaul degan orang sekeliling, seornag guru terdorong untuk merasa ego kerana dia kakitangan kerajaan kemudian bergaji tetap pula.
Elak sikap ego dan riak menguasai Anda. Sebag…

Program Maulidur Rasul Tadika Intan Bestari 2011

Image
Pelbagai aktiviti diadakan pada Sambutan Maulidur Rasul 1432H baru-baru ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa di atas sumbangan yang telah diberikan. Terima kasih juga pada semua guru-guru Intan Bestari di atas kerjasama dalam menjayakan program ini.
Program sambutan Maulidurasul Tadika Intan Bestari, Cawangan Sri Tanjung, Taman Sri Andalas. bagi tahun 2011.
Semua aktiviti yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi keyakinan kepada pelajar untuk berani beketrampilan.
















SAMBUTAN MAULIDURASUL 2011

Image
Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).

Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1432 H / 2011 M ini, saya ingin mengaja…

Hi-tea bersama kakitangan Intan Bestari

Image
Pada setiap tahun kakitangan Intan Bestari akan di bawa Hi-Tea, sebagai tanda penghargaan kepada semua kakitangan.
kepada yang mendapat perkhidmatan cemerlang , didoakan semoga terus cemerlang dari semasa ke semasa. kepada yang tidak bukan bererti anda tewas usaha lagi.

KELEBIHAN BERSEDEKAH

Image
Alhamdulillah Tadika Intan Bestari baru sahaja selesai mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1432H pada Khamis dan Jumaat minggu lepas iaitu pada 17 dan 18 Februari 2011.
Dikesempatan ini pihak Tadika ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ibu bapa atas sumbangan yang telah diberikan. Ini kerana melalui sumbangan tersebut pihak kami mampu menyediakan pelbagai aktiviti, menu dan 'goody bag' kepada setiap pelajar. Berikut adalah diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.
Hayatilah hadis-hadis berikut;
Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah
(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)


Hadis-1


[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka. (Hadis Riwayat: Imam Bukhari)


H…

Anak Soleh Impian Semua Ibu bapa

Image
Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.
Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t.
Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w :
” اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ :


صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ …