Posts

Showing posts from 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Image
Assalamualaikum kepada semua pembaca, terima kasih kerana sudi melayari ruangan ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca. Semoga apa yang dilalui tahun lalu meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit buat kita semua. Bagi kenangan yang manis jadikan ianya suatu tugu memori yang sukar dilupakan. Manakala bagi kenangan pahit pula, jadikan ianya suatu pengajaran agar peristiwa tersebut tidak kembali lagi. 
Wahai pembaca yang budiman.... Hakikatnya apa yang berlalu pada tahun-tahun yang lepas mengajar kita erti kematangan. Matang di dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.
Kenangan manis saya pada tahun lalu... Guru-guru yang tetap setia bersama Intan Bestari. Walau dihantar ke cawangan lain pun mereka tetap berkhidmat dengan penuh dedikasi.Tadika Intan Bestari di cawangan Jalan Yadi berjaya siap sepenuhnya pada 24 December 2011.
Berkat sokongan semua ibu bapa kami berhasil membina bangunan baru Tadika Intan Best…

Menambah Nikmat Dari Allah

Nikmat itu terbahagi tiga: 1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba 2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba 3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur. Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan. Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan. Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya  jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu. Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya. Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-…

Hati Terguris

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya. Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan. Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu. Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi. Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemi…

Pendaftaran Taska Intanku Bestari

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kepada pembaca yang budiman terima kasih kerana sudi melayari blog kami. kepada penduduk sekitar klang yang menghadapi masalah penjagaan anak-anak kami sedia membantu. Jika anda menghadapi masalah untuk meletak anak-anak Taska Intanku bestari sedia membantu.

Sesi pendaftaran Taska Intanku Bestari di buka sekarang. Ibu bapa boleh berhubung terus ke cawangan yang berkenanan bagi yang beminat untuk mendaftar di taska kami.

Hubungi : 016-9014960







KELAS BACAAN

Image
Salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih kerana sudi ke ruangan ini.
Kepada ibu bapa di sekitar Klang, KELAS BACAAN BAHASA MELAYU & SMART READER KIDS  di Tadika Intan Bestari akan bermula seperti berikut ;

TARIKH : 14 Januari 2012
HARI  :  Sabtu
MASA  : 8.30 - 11.30am

Berikut adalah kadar yuran yang telah ditetapkan :

PENDAFTARAN : RM30.00
BAHAN        : RM 50.00
YURAN BULANAN : RM50.00





Pendaftaran 2012

Image
Pendaftaran bagi sesi 2012 dibuka sekarang.
sila hubungi penyelia yang berhampiran kawasan anda...

Sesi Taklimat Tadika Intan Bestari bagi sesi 2012 adalah seperti berikut

Jalan Yadi: 25 Disember 2011 ( masa : 8.00 - 12.00 tgh )
Sri Tanjung : 31 Disember 2011 ( Masa : 8.00 - 12 tgh )

Sila bawa salinan mykid, ic ibu dan ayah dan gambar anak 2 keping.
Kerjasama drpd semua ibu bapa di dahului dgn ucapan ribuan terima kasih.

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2011

Image

TEKNIK MEMBACA

Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar-pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.
Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut;
untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara
untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara
untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep
untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan
Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu; memb…

Hari Bakat & Mini Konvokesyen Tadika IntanKu Bestari

Untuk Makluman Ibu bapa semua;

Hari Bakat & Mini Konvokesyen akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 26 Oktober 2011
Hari : Rabu
Masa : 8.30am - 12.30 pm
Tempat : Prescot Hotel, Klang.
Untuk Cawangan : SRi Damak & Sri Tanjung Sahaja.
Tema : Hiburan Baru Islam......
Pakaian : Menutup aurat ( Terkuaz biru & Putih )

Program Cuti sekolah Intan Bestari November 2011

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua ibu bapa; üRunsing memikirkan cuti sekolah hampir tiba. üMana nak letak anak....dikampung atau ambil cuti..... ühmmm pening memikirkan pengisian untuk anak-anak.... üanak masih belum boleh membaca dengan lancar.. ütahun hadapan nak masuk tahun 1, üujian linus akan diambil Disember nie..... ürunsing..runsing.... Usah risau di Tadika Intan Bestari kami sedia membantu....
INTAN BESTARI SCHOOL HOLIDAY PROGRAME
Fun  Reading programme Menjanjikan aktiviti yang menyeronokkan......
Tarikh : 21 November -  22 Disember 2011 Hari : Isnin, Selasa, Rabu & Khamis Sahaja Masa : 8.30 - 10.30 am Yuran : RM 150.00 ( termasuk bahan )
Program cuti sekolah sebulan...... Pengankutan disediakan untuk 10 orang ke atas.

(: hubungi......
016 - 9014960 019 – 394 6364 Jln Yadi  012 – 6423647  Sri Tanjung
Percuma beg tusyen untuk 20 orang yang pertama.......





ROTI SARDIN

Bahan-bahan ( 2 @ 4 org mkn )1 tin kecil sardin6 keping roti sandwich(ms ni sy guna roti brand mighty white)1/2 biji bawang besar(dhiris)1 biji kecil bwg merah(cincang halus)2 biji cili padi(bg sesape yg x suke pdas,xyah letak pun ok jer...)Garam & ajinomoto utk menambah rasaSedikit timun & kobis yg dihiris halus Cara-cara Panaskan minyak dlm bekas kuali Masukkan bwg2 n cili dan gaul rata. Kemudian ,masukkan sadin yg tlh dhancurkan tadi dan sebatikn dgn bwg2. Gaul rata & masukkan bhn perasa sckpnya. Tutup api sadin tadi bila sudah masak. Selepas itu,ambik 2 keping roti tadi dan letakkn sedkit sadin yg telah dmsk ke ats roti n ratakan... Kemudian,hiaskan masuk timun n kobis(mcm buat burger) Satukan roti sandwich tadi dan mkn.... Mudahkan?Kalau timun n kobis tu br kluar dr fridge lepas tu masukkan dlm sandwich lagi bestttt...

SEMUA AKAN DI TANYA

Nabi saw. bersabda: Sekali-kali tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat nanti sehingga ditanya tentang empat perkara: 1. Tentang umurnya, kemana dia habiskan ? 2. Tentang masa mudanya, kemana dia pergunakan ? 3. Tentang hartanya, dari mana ia dapat dan kemana ia belanjakan ? 4. Tentang ilmunya, apa yang dia lakukan dengan ilmu tersebut ? (HR Al-Bazzar dan Al-Tabarany dengan sanad sahih)

Sekadar Renungan kita bersama....

Image
"Barangsiapa menginginkan teman,
cukuplah Allah menjadi temannya.

Barangsiapa menginginkan kekayaan,
cukuplah qanaah menyertainya.

Barangsiapa menginginkan nasihat,
cukuplah kematian menasihatinya.

Barangsiapa menginginkan harta simpanan,
cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.

Barangsiapa yang tidak cukup dengan
keempat-empat hal ini,
cukuplah neraka baginya."

MEMIMPIN BUKAN KERJA MUDAH....

Image
Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu mempunyai kekuatan, hanya tiga orang rasul sahaja yang memerintah. Mereka ialah nabi sulaiman, nabi daud dan rasulullah s.a.w. Rasul-rasul yang lain tidak memerintah. Mereka cuma memimpin tetapi tidak memerintah.

Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah? Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah, bahkan kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan. Cukup jika dia menjaga dirinya sahaja.
Maksud saya, hendak pimpin orang bukanlah senang. Seseorang mesti memiliki satu keistimewaan khususiah yang allah bagi pada orang itu.
sekadar berkongsi satu cerita. Rasa-rasanya cerita ini semua orang dah tahu, iaitu kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s. Terdapat banyak pengajaran dan hikmahnya yang orang lain tidak tahu. Dikatakan Allah hendak memberitahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim daripada baginda. Suatu hari Allah temukan Nabi Musa a.s. dan …

Jom bermaafan di Bulan Ramadhan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman pembaca...
Didoakan semoga anda sihat-sihat hendaknya... andai kata anda sakit bererti allah sayangkan anda....kerana dosa kecil yang dilakukan....
Kali ini akan saya akan membahaskan mengenai sebuah tradisi yang banyak dilestarikan oleh masyarakat, iaitu tradisi bermaaf-maafan sebelum Ramadhan. Ya, saya katakan demikian kerena tradisi ini pun pertama kali saya kenal dari para sahabat-sahabat usrah di kampus dahulu, dan ketika itu saya dapati kebanyakan masyarakat awam  tidak tahu akan tradisi ini. Dan perlu diketahui, bahawa tradisi ini tidak pernah diajarkan oleh Islam

Mereka yang melestarikan tradisi ini beralasan dengan hadits yang terjemahannya sebagai berikut:

Ketika Rasullullah sedang berkhutbah pada Solat Jumaat (dalam bulan Sya’ban), beliau mengatakan Amin…Amin..Amin… sampai tiga kali, dan para sahabat begitu mendengar Rasullullah mengatakan Amin, terkejut dan spontan mereka ikut mengatakan Amin. Tapi para sahabat bingung,…

Andai ini Ramadhan terakhir ku.....

untuk renungan kita bersama...

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri


Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati

Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi



Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali

Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi

Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi

Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi

Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....



Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu siangnya aku sibuk berzikir

"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"

[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]

Biarpun anak tekakku kering kehausan air

Tentu aku tak akan jemu melagukan syair

Rindu mendayu..

Merayu...

Kepada-NYA Tuhanku yang satu...



Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu solatku dikerjakan di awal waktu

Solat yang dikerjai...

Sungguh khusyuk lagi tawadhu'

Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri

Mengadap Rabbul Jalil...

Menangisi kecurangan janji

"innasolati…

RAMADHAN TERAKHIR....

ANDAI KAU TAHU....


wahai dikau…renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu…sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal…terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian…adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai…
sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh, minda, dan qalbu…
bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil…
menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku… kuserahkan
hanya kepada Allah Tuhan seru se…

SHARING IS LOVING

ADAKAH YANG AKAN MENDOAKAN KITA?

Assalamualaikum.

 artikel ini sangat baik untuk dikongsikan bersama....

Moga ALLAH memberi rahmat dan hidayahnya untuk kita baiki diri

Adakah yang akan mendoakan kita?

Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya. Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup.

Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia! Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan yakinnya. Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.

Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pas…

PENILAIAN KE ATAS SEORANG KANAK-KANAK YANG MENGALAMI MASALAH PEMBELAJARAN

Image
Pakar yang menilai kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran perlu mendapatkan riwayat yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak , penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka.
Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan. Wa…