Posts

Showing posts from January, 2010

EMAIL TERBARU

Tadika tidak lagi menguna email syasya1@tm.net.my.
Email terbaru tadika ialah
sandra.intanbestari@gmail.com
sebarang pertanyaan bolehlah diemailkan dialamat berikut.
terima kasih.

Minggu Suaikenal 2010

Asslamualaikum  dan salam sejahtera

Minggu suaikenal sudah berlalu, pelbagai ragam dan karenah kanak-kanak dapat dilihat. Ada yang menangis, ada yang melompat-lompat, ada yang berlari dan ada yang kelihatan seronok dan gembira. Di pihak ibu bapa pula ada yang kelihatan risau dan bimbang.

Kepada semua ibu bapa tidak perlu berasa risau jika anda baru pertama kali menghantar anak-anak ke tadika atau ke taska kerana ini adalah proses awal persekolahan mereka. Lumrah kanak-kanak untuk menangis, mengamuk atau melarikan diri apabila berlaku perubahan di persekitaran mereka. Ini kerana mereka baru hendak menyesuaikan diri di tempat baru, baru hendak mengenal guru dan  juga baru hendak mengenal teman-teman mereka.

Proses perubahan ini akan memakan masa seminggu ke tiga bulan. Justeru itu semua ibu bapa diharap dapat bersabar dan teruslah memberi sokongan kepada anak-anak. Mungkin tidak semudah yang dibicarakan, tetapi percayalah semua guru-guru di tadika pasti mampu menghadapi situasi ini.
TIPS MEMBINA SEBUAH KELUARGA YANG CEMERLANG


Solat berjemaah bersama samada di masjid atau di rumah (Subuh, Maghrib dan Isyak)

Bagi suami isteri yang bekerja, solat berjemaah bersama anak-anak biasanya dilazimi pada waktu subuh, maghrib dan isyak memandangkan pada waktu siang harinya masa suami isteri banyak dihabiskan di tempat kerja manakala anak-anak pula di sekolah. Moga-moga denga waktu berjemaah yang hanya 3 waktu ini mampu menyemai kasih sayang bersama.

Makan makanan yang halal lagi baik dan berkualaiti

Makanan yang halal lagi baik penting untuk menjaga hati dan akal (rohani dan jasmani) bagi membina generasi yang baik dan berkualiti. Ia penting untuk anak-anak kita bagi memudahkan mereka menerima ilmu dan mengamalkannya dengan baik. Penting dalam sesebuah keluarga untuk menjaga kebersihan. Kerana kebersihan melambangkan peribadi dan keimanan sesorang. Penting untuk memastikan suasana keluarga adalah harmoni dan sejahtera. Selain itu kebersihan rumah dan diri juga penting untuk meng…

TAZKIRAH JUMAAT 1

Kehidupanberlangsung tanpa disedari daripada detik ke detik. Apakah kamu tidak menyedari bahawa hari-hari yang kamu lalui semakin mendekatkan kamu kepada KEMATIAN sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain? Sepertimana firman Allah Taala yang bermaksud :
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)
Setiaporang yang hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk MATI. Tanpa pengecualian, mereka semua akan MATI, setiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi KEMATIAN pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat KEMATIAN sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja. Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelah…
KENALI CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR

Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku :

Pengamatan tinggi 
• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang. 

Keinginan untuk tahu tinggi 
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara. 

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut. 

Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak. 

Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat. 

Mungkin dapat membaca lebih awal 
• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun. 

Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas.

Tatabahasa yang tinggi
•…
ADAKAH KITA MASIH SEPERTI DAHULU ?




Manusia pada kebiasaannya hanya melakukan perkara-perkara yang disukainya sahaja walaupun pada hakikatnya perkara itu tidak perlu dilakukan. Dalam realiti kehidupan, kita sentiasa berdepan dengan dua perkara. Pertama, perkara yang perlu atau sepatutnya kita lakukan. Kedua, perkara yang kita suka lakukan. Pada hakikatnya kedua-dua perkara itu saling bertentangan antara satu dengan lain.
   Pada kebiasaannya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang sepatutnya tidak perlu kita lakukan. Ketika kita sedang seronok menonton televisyen, tiba-tiba kedengaran azan dikumandangkan dari masjid atau surau berhampiran. Pada ketika itu apakah perkara yang perlu kita lakukan ? Kita sepatutnya perlu segera bangun, membersihkan diri dan mengambil wudhu lantas mendirikan solat sama ada di rumah atau di masjid. Namun pada kebiasaannya kita lebih suka untuk meneruskan menonton rancang…