Posts

Showing posts from 2010

Sesi Persekolahan Intan Bestari 2011

Image
Pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang telah mendaftar anak-anak di Tadika Intan Bestari. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada pihak kami untuk mendidik dan mentarbiah anak anda.

Dikesempatan ini pihak kami ingin mengucapkan selamat tahun baru, semoga azam kita di tahun 2010 telah tercapai.

Azam Tadika Intan Bestari pula ialah semoga dapat melahirkan pelajar-pelajar  yang bukan sahaja boleh membaca, menulis dan mengira tetapi mampu melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak, mempunyai sahsiah dan berbudi pekerti yang mulia. Kepada semua ibu bapa,  teruslah memberi sokongan kepada kami dan doakan  agar kami diberi kekuatan, kesihatan dan keberkatan selalu.
Minggu pertama sesi persekolahan Tadika Intan Bestari bagi tahun 2011 adalah seperti berikut :
CAWANGAN
Tadika Intan Bestari 2 Sri Tanjung, Taman Sri Andalas
Tarikh  03 Januari 2011 ( Isnin )
Masa 8.00 - 10.00 pagi (  3 hingga 7 Januari  2011 sahaja )


CAWANGAN
Tadika Intan Bestari 1
Jalan Yadi, Telok Gado…

Muhasabah Diri

Image
Allah swt.berfirman yang mafhumnya :

"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah ( untuk membela dan menegakkan Islam ) , nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang  banyak dan  rezeki  yang makmur , dan sesiapa yang  keluar dari rumahnya  dengan tujuan untuk berhijrah  kepada Allah dan RasulNya , kemudian ia mati ( dalam perjalanan) , maka sesungguhnya telah tetap  pahala hijrahnya  di sisi Allah. Dan (ingatlah ) Allah Maha  Pengampun lagi Maha Mengasihani ". ( QS an-Nisa ayat 100 ).
Tahun baru  Hijrah 1431 H yang  diiringi   oleh tahun baru Masehi  2011 M  telah  membuka  lembaran  baru   bagi kita umat Islam. Siang dan malam silih berganti tanpa jemu melengkapi peredaran sehingga cukup setahun . Terkadang kita  berfikir   mengapa  begitu cepat  masa berlalu  sedangkan  baru beberapa kerja kita dilakukan , baru beberapa agenda dilaksanakan dan mengapa masa berputar begitu pantas.

Tahun baru  ( Hijrah )   datang membawa  seribu erti kepada umat Islam  yang …

Kembara anak soleh Intan Bestari 2010.

Image
Berbagai-bagai cara boleh dilakukan bagi menggalakkan pembentukan kemahiran kognitif pada kanak-kanak. berikut merupakan cadangan aktiviti bagi tujuan tersebut. Menyediakan pelbagai kemudahan bagi pengalaman deria yang pelbagai supaya menggalakkan pembelajaran serta dapat membuat persamaan, perbezaan dan pertalian.Mengadakan banyak peluang bagi aktiviti-aktiviti pembelajaran pilihan sendiri terutama jenis yang memberi peluang manipulasi dan mendapatkan pengalaman.Rancang peluang untuk kanak-kanak mendapatkan pengalaman-pengalaman yang boleh membantu mereka memenuhi konsep baru dan memberikan makna kepadakonsep-konsep yang ditemui termasuk perbezaan konsep-konsep itu.Adakan suasana penggunaan bahasa yang mudah yang boleh digunakan bagi menyatakan pengalaman mereka sambil menyerapi pengalaman.Di TADIKA INTAN BESTARI kanak-kanak banyak diberi peluang dan pengalaman untuk dilalui seperti. KEMBARA ANAK SOLEH 2010-  Seramai 30 orang pelajar  TADIKA INTAN BESTARI menyertai Kembara Anak Soleh 20…

Peringkat perkembangan 2 - 7 tahun

Image
Menurut Piaget Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada beberapa peringkat. hari ini saya ingin menyentuh peringkat 2 - 7 tahun. kanak-kanak pada peringkat ini dipanggil peringkat praoperasi, Perkembangan kognitif kanak-kanak mengalami perubahan yang ketara terutamanya dari segi bahasa. pada peringkat ini aktiviti deria pergerakan berkurangan. Manakala penggunaan pemikiran simbolik, penaakulan kognitif dan penggunaan konsep akan bermul, perkembangan kognitif utama pada peringkat ini kanak-kanak
Mula menggunakan simbol menunjukkan keupayaan dalam bahasa yang mudah.


Menamakan sesuatu benda mudah seperti tanda-tanda lambang, objek dan perkataan.


Pemikiran lebih bergantung kepada persepsi daripada logik.Berfikir animistik ; benda yang tidak hidup dianggap sebagai hidup dan bernyawa.Berfikir secara egosentrik atau berdasarkan sudut sendiri sahaja.sukar memahami konsep konservasi / pengekalan ciri-ciri objek.
Pada peringkat ini juga kanak-kanak dapat menguasai lambang bahasa. Oleh itu bahasa di…

PENDAFTARAN 2011

Image
Assalamualaikum & salam Sejahtera;Semoga para pembaca berada di bawah lindungan dan keberkatan Allah s.w.t. sehubungan dengan itu kami ingin memaklumkan bahawa pendaftaran bagi sesi 2011 telah dibuka sekarang untuk mereka yang berada di sekitar Sungai Udang dan Taman Sri Andalas sahaja. Sila lapangkan diri anda untuk ke tadika bagi mengetahui perkembangan yang selanjutnya. Perhatian dan kerjasama anda kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
TADIKA INTAN BESTARI 1  LOT 586 JALAN YADI, TELOK GADONG , KLANG.
TADIKA INTAN BESTARI 2 NO 28 LORONG SRI TANJUNG 2, TAMAN ANDALAS PERMAI.


Salam Ramadhan Dari warga Intan Bestari Group 2010

Image
Dari kami warga kerja Tadika Intan Bestari, 1 & 2 dan Taska Intanku Bestari 1 & 2
Selalunya keindahan Ramadhan itu ditampilkan dalam ruang keampunan yang disediakan dalam sepuluh pertama, siraman rahmat dan keberkatan pada sepuluh hari kedua dan dijauhkan daripada emosi api neraka dalam sepuluh hari terakhir. kemuncak pada keindahan itu adalah tawaran bagi mengecapi nikmat yang tidak ternilai iaitu lailatul Qadar.
Ramadhan juga menjadika istemewa berbanding bulan-bulan lain disebabkan oleh amalan berpuasa. Tempoh sebulan datang dengan seribu satu keajaiban yang memberi impak positif kepada kesihatan tubuh badan manusia.
Namun persoalannya adakah setakat itu sahaja keindahan dan keistemewaan yang ditawarkan oleh Ramadhan? ... sama-samalah kita mencari keajaiban Ramadhan itu.
Niat puasa Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sahaja aku berniat puasa esok hari menunaikan kewajiban Ramadhan tahun ini karena Allah Ta’ala

~Selamat berpuasa~

sepi tanpa berita

Image
Asslammualaikum,
Hari ni 9 Ogos 2010,( Isnin )
Lama rasanya tak updatekan blog. sibuk betul sampai x sempat nak updatekan. kepada pembaca budiman insya allah saya akan update kan apa yang telah tadika dan taska kami laksanakan sebelum ini.
Image
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, 
DIA datangkan petir dan kilat. 
Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, 
rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"
Kepada semua ibu-ibu di Malaysia, dikesempatan ini ingin kami ucapkan selamat Hari ibu.  Tanpamu ibu  mustahil kami berada di sini, mustahil kami mampu menjadi insan berjaya hari ini  meskipun kami bukan jutawan. Namun kami juga insan berjaya.... doakan agar kami terus menjadi anak yang soleh dan solehah dalam mendidik dan mentarbiah anak-anak.

Kemaafan

kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.  Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.  Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"

Aktiviti Solat Tadika Intan Bestari

Image
'Melentur buluh biarlah dari rebungnya.' Itulah pepatah yang sering diungkap oleh semua insan di dalam mencorakkan anak-anak mereka. Kita sedia maklum mendidik dan mentarbiahkan anak-anak untuk boleh baca, menghafal doa, surah dan sebagainya bukanlah suatu kerja yang mudah jika tidak disusuli di rumah. Apatah lagi di dalam mendidik dan mentarbiahkan anak-anak untuk mendirikan solat. Untuk mentarbiyah anak-anak menjadi Umat Muhammad saw, kita perlu mengambil pelajaran dari caranya Nabi Ibrahim as, seperti  Allah diceritakan dari isi doanya Nabi Ibrahim dalam surah Ibrahim berikut ini: Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman berhampiran rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat. Maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Eng…

Minggu ke tiga persekolahan

Image
Anak Rusa
sebuah rumah di dalam hutan
anak rusa intai di tingkap
seekor arnab berlari
mengetok pintu
tok..tok..


tolong! tolong ! katanya
si pemburu nak tembak saya
beng! beng!
mari masuk ke dalam 
bersuka ria ...
Hey!... ( sambil melompat )

Ini adalah sebahagian dari lagu yang kami ajarkan kepada kanak-kanak di tadika. Kali ini kanak-kanak di tadika kelihatan seronok kerana mereka dapat belajar, bermain dan menyanyi bersama. Di awal persekolahan  aktiviti nyanyian kerap digunakan bagi menarik minat kanak-kanak. Dengan kepelbagaian aktiviti nyanyian dan pergerakan kanak-kanak dapat memberi tumpuan kepada guru. 
Walaupun aktiviti nyanyian dianggap sekadar hiburan, sebenarnya aktiviti ini banyak  menyumbang beberapa kebaikan kepada kanak-kanak di tadika khasnya. Antara kebaikan yang dapat diperolehi dengan menyanyi ialah :
Dengan menyanyi kanak-kanak dapat meningkatkan lagi perbendaharaan kata dan pembacaan terutamanya kepada kanak-kanak disleksia.Dengan menyanyi kanak-kanak dapat mengenal pasti perbe…

Sukaneka 2010 Tadika Intan Bestari

Image
TIADA siapa dapat menafikan kepentingan untuk anak mencapai tahap akademik yang tinggi kerana ia jaminan untuk memperoleh kehidupan lebih baik pada masa depan. Bagaimanapun, perlu ada keseimbangan dalam kehidupan anak yang kebanyakan masa dipenuhi dengan proses pembelajaran secara formal, dengan menggalakkan mereka terbabit dalam bidang sukaneka. 

Ini kerana, banyak nilai positif dalam sukan yang boleh dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, sekali gus menjadikan anak lebih dinamik dan mampu berdaya saing dalam pasaran kerja kelak. 
Susulan itu, Tadika Intan Bestari turut menganjurkan Program mini sukaneka tahun 2010 pada 6 Mac yang lalu. Antara Kepentingan aktiviti sukan, ialah  membantu proses pertumbuhan kanak-kanak supaya mereka menjadi insan seimbang yang serba boleh. Disamping dorangan Ibu bapa  kepada anak supaya terbabit dan aktif dalam aktiviti sukan  itu membantu mereka menjadi lebih fokus terhadap matlamat yang diingini di samping menggilap kemahiran sosial. 
Aktif bersukan…