Posts

Showing posts from 2009

Selamat Tahun Baharu 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Selamat menyambut Tahun Baharu 2010...


Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga  kita  dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian kita.


Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya  adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin…

HARI TAKLIMAT CAWANGAN Taman Sri Andalas

Assalamualaikum wr.wb.
untuk makluman ibu bapa di cawangan Taman Sri Andalas, Hari Taklimat sesi 2010 akan diadakan seperti diketerangan dibawah:

Tarikh : 01 Januari .2010
Hari  : Jumaat
Masa : 9.00 - 11.30 am
Tempat : No 28 Jalan Sri Tanjung 2, Taman Andalas Permai, 
(Berhadapan dengan surau Sri Tanjung.)

Kehadiran semua ibu bapa sangat-sangat diharapkan. Kerjasama dari semua ibu bapa didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pn.Sandrawati Bt.Rama

Merangsang Minat Anak Membaca

Semua ibubapa menginginkan anak-anak yang petah dan bijak berbicara. Mendengar celoteh anak-anak ketika pulang dari kerja, bagaikan satu terapi untuk menghilangkan stress.


Pasti ramai ibubapa akan bimbang jika anak belum boleh berbicara dengan lebih lancar tambahan pula jika telah mencecah umur setahun lebih. Namun ada juga segelintir ibubapa memandang ringan mengenai masalah ini.
Namun mengikut kajian, masalah lambat bercakap ini tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana perkembangan bahasa ini akan memberi kesan terhadap tahap perkembangan mereka.
Ibubapa digalakan berbual, membaca, menyanyi, mendengar dan memberi tindak balas kepada anak termasuk "bahasa badan" ( body language ). Ini kerana ianya akan dapat membantu dan menggalakan kemahiran perkembangan bahasa anak. Tahukah kita, ibubapa digalakan berbual dengan bayi, walaupun masih dalam kandungan lagi? 


Untuk membantu merangsang perkembangan bahasa anak , adalah digalakan ibubapa mula membaca kepada anak sejak mereka kecil …

SESI PERSEKOLAHAN TADIKA INTAN BESTARI 2010

( MINGGU ORIEANTASI )

Minggu Orentasi Tadika Intan Bestari ( Cawangan Jalan Yadi )

Tarikh : 06.01.2010 - 08.01.2010
Hari    : Rabu - Jumaat
Masa  : 8.30 - 10.30 am ( sesi pagi ) / 2.00 - 4.00 pm ( sesi petang)

PERHATIAN :

Pastikan para pelajar memakai badge yang telah diberikan. Tuliskan nama pelajar dan umur.Jika memakai kasut sekolah @ seliper tuliskan nama pelajar kerana khuatir tertukar dengan rakan yang lain.
Mengapa sesi persekolahan di cawangan Jalan Yadi agak lewat ?
Ini kerana  kami ingin memberi laluan kepada pihak ibu bapa yang mempunyai anak-anak ke sekolah Kebangsaan . Pastinya mereka juga perlu menguruskan anak-anak yang hendak ke tahun satu misalnya atau sebaliknya.

Salam Maal Hijrah

Image
SALAM MAAL HIJRAH dari kami semua warga Intan Bestari Group









Ilmu adalah harta bagi si miskin,
Ilmu adalah kehormatan bagi si kaya,
Ilmu adalah kenangan di hari tua.

PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK INTAN BESTARI (TELUK PULAI )

Image
Pn.Sandrawati Bt.Rama

PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK INTAN BESTARI


NO 109 TAMAN TELUK PULAI,
41100 KLANG,
TEL : 016-9014960


TASKA INTANKU BESTARI ( TAMAN SRI ANDALAS )

Image
Pn.Sandrawati Bt.Rama

TASKA INTANKU BESTARI 
NO 23 JALAN SRI DAMAK 18,
TAMAN SRI ANDALAS
TEL: 016-9014960 




Hari Terbuka Tadika Intan Bestari / Taska Intanku Bestari

Pn.Sandrawati Bt.Rama

Assalamualaikum;

Hari terbuka 
TADIKA  INTAN BESTARI
&
PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK INTAN BESTARI

Tarikh   : 25.12.2009 ( Jumaat )
Masa    : 9.00 am - 11.30 am
Tempat : Lot 586 Jalan Yadi, Teluk Gadong, 41250 Klang.

************************************************


Hari terbuka 
TADIKA 
&
TASKA INTANKU BESTARI 


Tarikh   : 01.01.2010 ( Jumaat )
Masa    : 9.00 am - 11.30 am
Tempat : No. 23  Lorong Sri Tanjung 2, Taman Andalas Permai, 41200 Klang
                (berhadapan dengan surau Sri Tanjung)


**************************************************************
Sebarang pertanyaan sila hubungi 
Pn. Sandra 
di talian : 016-9014960 / 03-3372 8060
email    : sandra.intanbestari@gmail.com

Jasamu dikenang. 2009

Image
wajah-wajah kepenatan setelah mengendalikan majlis hari bakat & Anugerah Kecemerlangan Tadika Intan Bestari 2009

Muhaimin & Syasya

Image
Wajah anak-anak umi......
Syasya & Abdul Muhaimin,
semoga menjadi anak yang soleh & solehah,
penyejuk hati umi ,
penenang hati ayah
dan
disayangi oleh semua orang.

Rebut Hidayah dengan Ilmu

~ILMU~

Ilmu membawa kepada mengenal Allah dan mendapat hidayah-Nya. Allah berfirman' "Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut ( melangar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu." ( Surah Fatir 35:28 )

Kakitangan Tadika Intan Bestari 2009

Image
Tetap dikenang, dihargai, disayangi....
Image
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

Senyuman

Image
Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik. Dengan senyuman kemana pun kita pergi, bersinarlah disana cahaya kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, semuanya dapat diatasi. - HAMKA-

PENDAFTARAN 2010

Image
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang dicapai. - HAMKA-

Assalamualaikum wr wb. dan Salam Sejahtera
Pendaftaran TADIKA INTAN BESTARI bagi sesi 2010 dibuka sekarang.
untuk keterangan lanjut sila hubungi
Pn. Sandrawati di talian : 016-9014960
atau ke lokasi
Lokasi 1 : TADIKA INTAN BESTARI lot 586 Jalan Yadi, Telok Gadong, 41250 Klang.
Lokasi 2 : TASKA INTANKU BESTARI No 23 Jalan Sri Damak 18, Taman Sri Andalas, 41200 Klang.
Lokasi 3 : PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK INTAN BESTARI No 109 Taman Teluk Pulai, 41100 Teluk Pulai Klang.
Lokasi 4: TADIKA INTAN BESTARI ( 2 ) No 28 Lorong Sri tanjung 2, 41200 Taman Andalas Permai, Klang
' Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.'


SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA

Image
Sekadar renungan kita bersama:
Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Pergaulan membentuk kepercayaan dan keyakinan. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan orang-orang yang berbudi, orang yang dapat kita kutip manfaat daripadanya. - HAMKA


Maulidur Rasul Tadika Intan Bestari

Image
Ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 Mac diraikan penuh penghormatan dan penghayatan dengan mengadakan pelbagai acara keagamaan di seluruh negara seperti ceramah agama, nasyid, berselawat, berzanji, meraikan golongan fakir dan miskin. 
Semua ini adalah sebagai tanda kasih umat Islam terhadap pemimpin agung yang menjadi manusia istimewa pilihan Allah. Kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung adalah rahmat bagi sekalian alam.

12 Rabiulawal ~ 20 Mac
Kelahiran Rasulullah SAW mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur bertukar menjadi taat dan mentauhidkan Allah. Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini.
Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah…

Program Kemerdekaan

Image

Sukaneka Tadika Intan Bestari 2009

Assalamualaikum wr.wb Bertemu kita di lembaran baru. Kali ini teacher nak cerita serba sedikit mengenai program sukaneka tadika tahun 2009. Pada tahun ini lebih kurang 100 orang pelajar yang menghadiri program ini. tidak kurang pula dengan ibu bapanya. pelbagai program telah disusun dan dirancang bagi memeriahkan majlis. Seperti biasa hati teacher akan berdebar-debar kerana khuatir majlis yang dirancang ada masalah. Sebelum program dijalankan seperti biasa doa dan ucapan aluan pengerusi majlis dimulai. Disusuli dengan ucapan pengetua. Setelah itu barulah majlis diikuti dengan persembahan pelajar 6 tahun yang terpilih je. Seronok apabila melihat para pelajar boleh melaksanakan persembahan setelah 1 minggu berlatih. Selepas ini barulah acara dimulai oleh pelajar 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Disusuli pula dengan acara guru, acara ibu berkumpulan, acara bapa berkumpulan dan acara keluarga. Berkat usaha bersama serta sokongan para ibu bapa Tadika Intan Bestari berjaya melaksanakan program s…